Connect with us

Oh! Media

Rosyam Cadang Buka 3 Lagi Cawangan Rosyam Mart

Umum

Rosyam Cadang Buka 3 Lagi Cawangan Rosyam Mart

Pengalaman bekerja selama lima tahun di kedai runcit, membuka mata penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor, 51, mengenai potensi perniagaan ini.

ADVERTISEMENT

Berkongsi suka duka sebelum mampu membuka pasar raya ST Rosyam Mart, Rosyam memberitahu, antara cabaran utama yang dihadapinya ialah meyakinkan pihak bank untuk memberi pinjaman.

“Saya pernah bekerja sebagai pembantu kedai runcit ketika berumur 13 tahun, selama lima tahun itu banyak yang saya lihat antaranya kedai runcit merupakan keperluan masyarakat dalam mendapatkan sumber makanan.

“Antara cabaran untuk membuka ST Rosyam Mart adalah untuk mendapatkan pinjaman bank sebab perniagaan ini memerlukan modal yang besar,” katanya.

Jelas Rosyam atau nama sebenarnya, Mohd Nor Shamsuddin, dia juga turut menanam impian perniagaannya itu dibantu rakyat tempatan sahaja.

Bagaimanapun, harapan itu diakuinya agak sukar.

“Selain itu harapan utama saya sewaktu membuka pasar raya ini juga adalah untuk mendapatkan 100 peratus pekerja tempatan.

“Bagaimanapun, baru saya tahu perkara itu mustahil sebab tidak mudah, memandangkan saya memerlukan 400 pekerja dalam menggerakkan pasar raya ini selama 24 jam sehari,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan ST Rosyam Mart di Setiawangsa tadi.

Cukup terkejut dengan sambutan yang diberikan, Rosyan tidak teragak-agak untuk memberitahu ketika ini juga dia sedang merancang membuka tiga lagi cawangan ST Rosyam Mart.

“Saya sudah menetapkan tiga lokasi lain, antaranya di Shah Alam, Bangi dan Melaka.

“Mengapa saya memilih tiga lokasi ini adalah kerana kepadatan orang Melayu di kawasan itu. Saya yakin itu adalah lokasi yang strategik untuk ST Rosyam Mart,” katanya panjang lebar.

Selama 36 tahun bergelar sebagai anak seni, ternyata kejayaan dalam bidang peruncitan tidak akan menyebabkan dia lupa akan karier lakonannya.

“Saya tidak akan berhenti berlakon, sebab itu adalah permulaan untuk saya dalam mendapatkan semua ini. Cuma buat masa ini saya akan hadkan sahaja.

“Dalam masa yang saya juga sudah menyiapkan tiga filem dan sedang berbincang untuk satu lagi filem yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi,” katanya.

Sumber: Utusan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas