Connect with us

Oh! Media

Bukan Lelaki Kaki Mengayat, Rody Kristal Lamar Niena Azman Guna Instagram

rodyjpg

Umum

Bukan Lelaki Kaki Mengayat, Rody Kristal Lamar Niena Azman Guna Instagram

Tahniah kami ucapkan kepada pemain gitar kumpulan Kristal, si ‘Baby Face’ Rody yang selamat melangsungkan pernikahannya Jumaat yang lalu dan melangsungkan perkahwinannya semalam bersama atlet kebangsaan Futsal negara, penjaga gol, Niena Azman.

Menyifatkan Niena sebagai seorang yang penyayang dan baik hati, Rody tidak mengambil masa yang lama untuk melamarnya. Setelah berkenalan selama 6 bulan, mereka bertunang November tahun lalu dan melangsungkan perkahwinan mereka semalam.

IKLAN

Uniknya Rody melamar Niena melalui akaun Instagram dan meminta Niena ‘Repost’ jika menerimanya. Niena yang terbuka hati menerima baik lamaran itu, kerana Rody bukanlah lelaki yang suka mengayat dan merupakan lelaki pertama yang serius melamarnya berbanding lelaki yang lain.

Mohd Rodi Baharudin, 32 dan Nur Izwani, 31 ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja dalam majlis yang diadakan di Hotel Kulai, Johor secara tertutup. Rody menyediakan mas kahwin sebanyak RM111 dan wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Inilah yang dikatakan kalau dah jodoh, tak perlu bercinta bertahun lama.
Berikut gambar-gambar pra perkahwinan mereka.

Foto kredit: lvp.co dan IG Rodykristal
Tahniah dari kami di Ohmedia.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas