Connect with us

Oh! Media

Risiko Jangkitan Virus Melalui Kentut? Ini Perjelasan Dari Datuk Dr Alzamani

Oh! Tidak

Risiko Jangkitan Virus Melalui Kentut? Ini Perjelasan Dari Datuk Dr Alzamani

Kentut boleh menyebabkan virus berjangkit? kedengaran agak lucu tetapi ia menjadi sebuah topik hangat yang diperkatakan di luar negara baru-baru ini mengenai cara ‘baru’ penyebaran itu.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Pakar Perunding Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose berkata, cara jangkitan itu adalah logik kerana memang dapat ditemui virus Covid-19 dalam najis manusia.

Saya menerima pertanyaan bagi isu yang kedengaran agak lucu tetapi ini membabitkan persoalan yang serius.

Menurutnya, ia menyebabkan gas yang keluar hasil daripada buangan angin itu berisiko mengandungi virus maut berkenaan sama dengan cara ia merebak melalui gas pernafasan yang keluar dari paru-paru pesakit yang positif.

Namun sebenarnya masyarakat perlu tahu bahawa risiko jangkitan yang merebak melalui kentut adalah amat rendah kerana terdapat lapisan perlindungan berupa seluar dalam dan seluar yang dipakai.

Kesimpulannya, pengamalan prosedur operasi standard (SOP) adalah langkah terbaik untuk mencegah jangkitan kerana sentiasa ada tapisan di dalam pernafasan.

Beliau tampil mengulas kenyataan daripada pakar Pusat Kawalan Penyakit di Beijing, China yang memberikan pandangan bahawa risiko jangkitan amatlah rendah melainkan kentut seseorang itu dihidu dari jarak yang dekat dari seseorang yang tidak memakai seluar.

Malah, terdapat beberapa doktor sebelum ini juga memberi amaran bahawa kentut mempunyai zarah kotoran kecil yang mampu menyebarkan bakteria dan menjadi punca jangkitan itu.

Kesimpulannya, Dr Alzamani berkata perkara itu menjadi sebab utama mengapa orang ramai perlu memakai pelitup muka dengan sempurna selain turut menasihati untuk sentiasa menjaga SOP dan mengelakkan daripada berada di kawasan ramai orang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas