Connect with us

Oh! Media

Tiada Niat Jatuhkan Maruah TLDM, Tiktoker Buat Content Kentut Mohon Maaf

tiktoker kentut

Oh! Tidak

Tiada Niat Jatuhkan Maruah TLDM, Tiktoker Buat Content Kentut Mohon Maaf

Baru-baru ini tular satu rakaman video memaparkan pempengaruh TikTok, Zuraidah Nasir didakwa menghasilkan video yang dianggap menghina aset keselamatan negara dan institusi ketenteraan.

ADVERTISEMENT

 Dalam rakaman itu, kelihatan TikToker dikenali sebagai Zuraidah Nasir naik ke atas kapal semasa Hari Terbuka Armada.

tldm

Apa yang membuatkan orang ramai tak berpuas hati adalah apabila TikToker ini berlakon seolah-olah sakit perut dan kentut di sistem pembesar suara di dalam kapal itu.

BACA: TikToker Buat ‘Content’ Kentut Di Speaker Kapal TLDM, Netizen Gesa Tindakan Diambil

Susulan kejadian itu, Zuraidah Nasir yang lebih mesra dipanggil Eyda bersama tiga individu lain telah bertemu dengan Panglima Armada Timur TLDM Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar bagi menyampaikan permohonan maaf.

@malaysianewstv Permohonan maaf dari @zuraidah_eyda #fyp #sahabatbosskay #masukberanda #zuraidahnasir #zuraidaheyda #tldm #kdselangor #videoviral ♬ original sound – Malaysianews TV

Pempengaruh TikTok yang menyedari kesalahannya berkata permohonan maaf itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan dibuat dengan setulus hati.

Permohonan maaf ini juga saya tujukan kepada semua warga Malaysia umumnya dan warga netizan khasnya. Eyda tiada niat sekalipun untuk merendahkan atau menjatuhkan maruah TLDM.

Dia juga meminta kerjasama semua pihak untuk memadam video untuk mengelakkan isu bertambah hangat. Semoga isu ini dijadikan pengajaran oleh semua agar berhati-hati dalam menghasilkan sebarang kandungan di media sosial.

Kredit: Astro Awani | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas