Connect with us

Oh! Media

Riezman Khuzaimi & Kartina Ayob Bercerai Talak Satu

Umum

Riezman Khuzaimi & Kartina Ayob Bercerai Talak Satu

Jarang kita dengan gosip liar tentang rumahtangga pelakon Riezman Khuzaimi dan isterinya, Kartina Ayob yang juga seorang pelakon. Namun hari ini Riezman dan Kartina disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timbur.

ADVERTISEMENT

Riezman atau nama sebenarnya, Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 45, melafazkan talak satu tersebut dalam keadaan sebak di hadapan hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerainya difailkan. Terdahulu ketika menjawab soalan hakim, Riezman memberitahu mereka mengambil keputusan untuk bercerai kerana sudah tiada kefahaman.

Di luar mahkamah, Riezman yang masih sebak enggan menngulas lanjut sebarang persoalan yang diajukan. Sebelum melafazkan cerai, pasangan itu sempat bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Apapun Ohmedia doakan yang terbaik untuk Riezman dan Kartina. Ialah, Allah membenci penceraian namun jika tiada persefahaman dan masing-masing sukar nak jalankan tanggungjawab yang diamanahkan, eloklah berpisah secara baik dari terus rasa bersalah. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya dan jika ada jodoh lagi di mana akan datang, demi anak-anak kita harapkan kalian dipertemukan semula sebagai pasangan kekal abadi selamanya.

– Gambar ehsan Utusan Online.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas