Connect with us

Oh! Media

Kami Dah Tonton Filem Realms, Dan Ini Apa Yang Kami Rasa Sekarang!

Umum

Kami Dah Tonton Filem Realms, Dan Ini Apa Yang Kami Rasa Sekarang!

Filem Thailand, Realms sedang ditayangkan di pawagam ketika ini dan Ohmedia baru menonton semalam di GSC, Berjaya Times Square. Ramai yang kata filem ni seram banyak babak buat terkejut dan ending yang memang kita tak terfikir langsung.

ADVERTISEMENT

Trailer



Sekitar Pratonton

Gambar atas ni masa Ohmedia tonton sendiri filem ini hari Jumaat lepas. Di bawah ini pula saja kami selitkan sedikit gambar yang sempat krew Ohmedia ambil semasa ke pratonton filem ini tempohari. Tapi penulis review ini tidak menonton ketika pratonton ini tapi pergi beli tiket dan tonton sendiri sebab tak tahan dengar mereka ni bercerita macam cerita ni best sangat. Huh!

So, Ok Ke Tak Filem Ni?

Filem Thailand, biasanya tak akan mengecewakan dan boleh dikatakan filem Realms ini juga tidak membuatkan persepsi kami berubah untuk terus menonton filem seram yang diterbitkan pihak penerbitan dari Thailand.

Kalau korang tanya Ohmedia, dari awal sampai akhir filem ini semuanya baik tapi serious kami rasa tak puas dan nak tonton dan terus tonton lagi. Memang semua orang pun tahu yang dah memang jadi kepakaran Thailand lah kalau pasal cerita seram, thriller dan action ni. Pendek kata dah memang jadi makanan diorang pun.

Ohmedia bangga dengan filem ini yang menyatukan tenaga kerja daripada negara Thailand, Eropah dan juga Malaysia (fuh, bangganya!) melalui FiTa (anak syarikat UiTM), mereka banyak memberikan sumbangan disebalik tabir seperti runut bunyi dan sebagainya. So korang bayangkan ajelah bila 3 negara ni bergabung untuk sebuah filem yang boleh dikatakan tak pernah lagi jumpa filem yang macam ni.

Filem ni bermula agak rilek sahaja dan buat kami tak rasa apa-apa, tapi lepas tu bila masuk babak ‘accident’ tu dia punya plot terus melonjak kaw-kaw sampai nak tercabut jantung dibuatnya. Fuh! Jangan tanya ‘accident’ apa nanti korang tak surprise pulak kan. Realms ni memang membuatkan Ohmedia tak senang duduk. Nak kata hantu tu seram tak juga tapi banyak babak buat kami terkejut. Banyak adegan dan bunyi seram yang penuh dengan kejutan sampaikan kitorang terpaksa tutup muka dengan sweater! Masa tu tak fikir dah awek kat sebelah nak fikir apa. Haha.

Watak Bobby dan Jewel sememangnya memainkan peranan penting dan menjadikan jalan cerita Realms ini lebih cemas dan mendebarkan. Tidak kurangnya dengan adegan Chaow dan Winny bila dah dapat tahu kisah sebenar pasal ‘mansion’ tu. Bila mereka lari pusing-pusing tapi sampai balik kat tempat yang sama. Memang tak boleh nak keluar dari situ.

So banyak la yang jadi bila mereka terpaksa masuk balik rumah tu.  Bila mereka diganggu roh yang tak tenang. Kenapa roh tu ganggu ada sebab juga dan semua salah kat diorang juga sampai terkurung dalam dunia tu.

So senang cerita, kalau korang tanya kami nak kena tengok ke tak filem ni, jawapannya kalau korang suka cerita seram yang taklah terlalu buat korang tension, ini filem yang best. Juga ini cerita yang korang tak akan sangka ending dia macam tu dan lepas korang tengok ending dia tu, baru korang terfikir balik pasal cerita ni tadi.

Senang kta filem Realms ni punya jalan cerita memang banyak plot twist. Memang mindf*ck kami dibuatnya. Realms telahpun ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 18 Januari 2018.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas