Umum
Ramona Zamzam Di Hentam Kerana Dazrin & Amyra Rosli Batal Perkahwinan
Oleh

Pasangan pelakon Dazrin Kamaruddin dan pasangannya Amyra Rosli yang sepatutnya dijadualkan melangsungkan penikahan pada Jumaat ini telah pun membatalkan majlis penikahan mereka pada saat-saat akhir. Namun, kedua-duanya tidak mendedahkan sebab sebenar penikahan yang dirancangkan itu dibatalkan.
Namun, disebalik kontroversi itu aktres Ramona Zamzam turut menerima tempias kerana kononnya menjadi punca pembatalan penikahan Dazrin dan Amyra. Perkara tersebut bermula daripada sekeping gambarnya bersama Dazrin yang dimuatnaik ke laman sosial Instagram hingga mencetuskan gosip.
“Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin & tunangnya Amyra Rosli batalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia”
“Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, selepas gambar kami menjadi isu saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga hari ini,“ jelas Ramona Zamzam.
Menjelaskan tentang gambar di Instagram, Ramona Zamzam menjelaskan gambar tersebut juga bukanlah aksi yang keterlaluan sebaliknya gambar ketika di lokasi penggambaran yang mana ketika itu Dazrin datang membawa shisha.
“Saya dan Dazrin sudah kenal lama sejak saya masuk dalam industri lagi malah kami sering kali digandingkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan kekasih. Kalau benar-benar saya ingin menganggu hubungan mereka ia pasti sudah lama berlaku, apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan,” tambahnya.
