Connect with us

Oh! Media

Raja Azmi Akui Rumahtangga Bergolak, Sudah Sebulan Tinggal Berasingan

Umum

Raja Azmi Akui Rumahtangga Bergolak, Sudah Sebulan Tinggal Berasingan

Perkahwinan Raja Azmi dan pasangannya Eddie Ghazali belum lagi capai usia setahun, namun timbul pula desas desus tentang pergolakan rumahtangganya.

ADVERTISEMENT

Berita itu telah diakui sendiri oleh Raja Azmi apabila ditemubual oleh portal Murai baru-baru ini, malah memberitahu pihak media bahawa mereka lebih senang membawa haluan masing-masing dan sudah sebulan tidak tinggal bersama.

“Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya dengan Eddie sedang membawa haluan masing masing dan kami perlukan ruang untuk berfikir serta memperbaiki hubungan kami. Kenapa dan sebab apa perkara ini terjadi, saya tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut”

“Biarlah ia menjadi rahsia peribadi. Lagipun apa yang saya lakukan ini adalah demi menghormati pihak keluarga masing-masing. Selagi mampu bertahan, kami akan cuba bertahan serta berusaha sedaya upaya untuk perbaiki serta selamatkan rumahtangga kami. Apapun saya reda dengan segala ketentuan Allah SWT,“ ujar Raja Azmi berkaitan isu ini.

“Apapun, kita ini hanya mampu merancang, tapi Allah SWT yang menentukan
segalanya. Kalau Allah SWT sudah tentukan jodoh kami tidak panjang dan
kalau jodoh kami sudah cukup sampai di sini, saya reda,“ tambahnya lagi.

Walaubagaimanapun, Raja Azmi mengakui sedih dengan segala yang terjadi dan sebolehnya tidak mahu penceraian terjadi diantara mereka.

OHMEDIA: APAPUN KAMI DOAKAN SEMOGA MEREKA TEMUI JALAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas