Connect with us

Oh! Media

Pulang Dari Umrah, Rozita Che Wan Kini Berhijab Sepenuhnya

Umum

Pulang Dari Umrah, Rozita Che Wan Kini Berhijab Sepenuhnya

 

Alhamdulillah. Sesungguhnya berita ini adalah berita gembira bagi semua peminat aktres cantik Rozita Che Wan yang kini sudah nekad untuk terus berhijab sepenuhnya sekembalinya daripada menunaikan umrah bersama suami tercinta.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN: (Gambar) Che Ta & Zain Saidin Tunai Umrah di Mekah

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 44, berkata sebenarnya keinginan untuk bertudung sudah lama tersimpan dalam hatinya, dan tidak menyangka Allah bukakan pintu hatinya selepas menunaikan umrah.

“Tak tahu nak gambarkan perasaan sekarang. Yang pasti saya rasa sangat tenang dan seronok dengan perubahan ini.

“Saya memang sudah lama tanam niat (untuk berhijab) cuma sebelum ini mungkin hati tak dibuka sepenuhnya lagi. Urusan berhijab bukan benda main-main dan perlu ambil serius setiap aspek. Persediaan diri kena diambil kira sebab saya seorang selebriti.

“Apabila saya sudah bersedia, saya cuba-cuba pakai pada sambutan hari lahir Zain ke-31, minggu lalu dan selepas itu kami menunaikan umrah. Sejak itu, saya semakin selesa dan yakin. “Alhamdulillah saya sangat bersyukur sebab diberikan hidayah ini,” katanya.

Penghijrahan Che Ta ini telah diumumkan oleh pengurusnya sendiri melalui laman sosial Instagram.

OHMEDIA: Happy sangat dengan penghijrahan Che Ta. Dah lama peminat nak tengok Che Ta berhijab. Semoga beliau terus istiqamah dan diberikan kebahagiaan yang terbaik.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas