Connect with us

Oh! Media

15 Tahun Menyepi, Persembahan Pertama Amelina Cecah RM15,000?

Umum

15 Tahun Menyepi, Persembahan Pertama Amelina Cecah RM15,000?

Setelah hampir 15 tahun menyepi, penyanyi dangdut Amelina yang terkenal pada zaman 90an kembali ke dunia seni. Kemunculan Amelina menjadi buah mulut dan pelbagai tanda tanya.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanpun, ada pihak yang mendakwa syarikat pengurusan Amelina bakal mengenakan bayaran tinggi sehingga mencecah belasan ribu ringgit bagi mana-mana individu atau syarikat korporat yang mahu melihat persembahannya.

Pengurus artis kepada syarikat Wake The Baby, Liza Ilias yang juga isteri kepada penyanyi / komposer Ajai berkata sebut harga yang diberikan itu bersesuaian dengan nilai pasaran sekarang apatah lagi penyanyi itu mempunyai nama yang kukuh dalam industri muzik tanahair.

“Kami ada menerima beberapa permintaan daripada penganjur persembahan di Singapura untuk acara korporat, namun kami masih belum mengesahkannya lagi

“Daripada harga yang kami beri tidaklah terlalu mahal kerana kalau dulu harga dia RM7,000. Sekarang kadarnya dalam dua kali ganda bersesuaian dengan suasana ketika ini. Takkan nak ikut harga lama juga. Bagaimanapun, harga tersebut masih boleh dibincangkan lagi,” ujarnya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas