Connect with us

Oh! Media

Anak Jins Shamsuddin Nafi Ayah Semakin Uzur

screen2bshot2b2015 02 022bat2b1132432bampng

Umum

Anak Jins Shamsuddin Nafi Ayah Semakin Uzur

Semalam Oh! Media ada kongsikan gambar yang tersebar luas di internet bahawa kesihatan pelakon vateran Jins Shamsuddin semakin uzur.

Walaubagaimana, anak kepada seniman itu Putera Hang Jebat menafikan khabar angin itu dan memaklumkan bahawa ayahnya dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Ayah masih sihat, makan dan minum macam biasa cuma mungkin kerana faktor usia makan tak banyak seperti dulu. Biasalah bila dah berumur mungkin selera makan tak macam dulu sebab itu nampak kurus”

“Saya tidak pasti bagaimana gambar berkenaan boleh tersebar namun saya sedikit terkejut kerana ia menunjukkan seolah-olah ayah dalam keadaan sangat uzur sedangkan dia masih sihat di rumah,” katanya seperti yang dipetik daripada Harian Metro.

Menurut Jebat, ayahnya kini berusia 80 tahun adakalanya tidak dapat mengenalinya kerana menghidap Alzheimer kini dijaga dengan baik oleh ibunya Puan Sri Halijah Abdullah di rumah mereka di Hulu Kelang.

IKLAN

(Gambar sebelah kanan atas dikatakan gambar pelakon veteran Kuswadinata)

OHMEDIA: Lega kami mendengar perkembangan ini. Kami doakan semoga kesihatan seniman Jins Shamsuddin sentiasa dipelihara Allah SWT.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas