Connect with us

Oh! Media

“Perjalanan Masih Jauh”- Arif Aiman Tidak Mahu Penyokong Letak Harapan Terlalu Tinggi

Oh! Tidak

“Perjalanan Masih Jauh”- Arif Aiman Tidak Mahu Penyokong Letak Harapan Terlalu Tinggi

Bintang pemain bola sepak muda negara, Arif Aiman Hanapi meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe apabila memasukkannya sebagai pemain ganti pada separuh masa kedua menentang Vietnam Jumaat lalu.

ADVERTISEMENT

Walaupun baru berusia 18 tahun, Cheng Hoe ternyata berani mempertaruhkan Arif di padang di samping beberapa pemain senior yang boleh diturunkan dalam aksi penting itu.

Bagaimanapun, Arif membuktikan sebaliknya apabila berjaya membawa impak berbeza malah jentera serangan negara dilihat lebih bernafsu selepas kemasukan tonggak sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

“Semasa dalam Liga-M (Liga Malaysia), saya dapat banyak minit permainan dengan JDT dan di liga juga saya dapat keyakinan untuk bawa ke sini selain jurulatih memberi peluang untuk bermain dalam pasukan kebangsaan,” katanya yang mula menyertai Akademi JDT pada 2018.

Untuk info, Arif mula berkecimpung dalam dunia sukan bola sepak pada 2012 apabila beliau menyertai program realiti MyKids musim 2012 sebelum diserap untuk menyertai Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang dikendalikan oleh Lim Teong Kim.

Di bawah sistem latihan yang bersistematik, Arif berjaya menyertai skuad utama NFDP atau lebih dikenali sebagai skuad generasi pertama Akademi Mokhtar Dahari (AMD) untuk beraksi bersama penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin.

Bersama Akademi JDT, bakat Arif terus digilap dan dia berjaya mengetuk pintu skuad utama Harimau Selatan pada musim 2020.

Aksinya mencuri perhatian pada 13 Mac lalu apabila meledak gol pertama musim ini ketika menentang UiTM FC menerusi satu gerakan solo yang menarik disamping turut mencatat sebagai penjaring termuda pasukan dalam Liga Super pada usia 18 tahun 10 bulan untuk memecahkan rekod Hadin Azman yang melakukannya pada 2013 di usia 18 tahun 11 bulan.

Prestasinya terus cemerlang apabila kerap diturunkan dalam kesebelasan utama dan berjaya merekodkan 824 minit permainan dalam 12 aksi musim ini, sekali gus menarik minat Cheng Hoe untuk menyenaraikannya dalam senarai pasukan ke Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini.

Pada masa yang sama, pemain kelahiran Pahang itu sedar mengenai pujian terhadapnya oleh peminat-peminat tetapi tidak mahu tenggelam dek pujian sebaliknya akan dijadikan pembakar semangat untuk meningkatkan prestasi permainannya.

“Saya tak ambil pujian itu untuk saya cepat berpuas hati atau untuk bangga diri sebab saya masih muda. Saya harap penyokong tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana perjalanan saya masih jauh,” kata ‘wonder kid’ terbaru Liga M itu.

Kredit : HarianMetro

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas