Connect with us

Oh! Media

Periuk Di Rumah Mempunyai Kesan Hangus? Gunakan Bahan Ini Untuk Membersihkannya

Umum

Periuk Di Rumah Mempunyai Kesan Hangus? Gunakan Bahan Ini Untuk Membersihkannya

Boleh dikatakan periuk di rumah kita mempunyai kesan hangus di dalamnya. Ianya disebabkan periuk tersebut  kerap digunakan setiap hari untuk memasak. Bukan mudah untuk kita menghilangkan kesan hangus dan hitam di dalam periuk walaupun sudah banyak kali disental. Oleh itu, Ohmedia nak kongsi dekat korang bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan kesan hangus pada periuk.

Garam

Setiap keluarga pasti akan menyimpan garam di rumah untuk dijadikan sebagai penambah rasa ketika memasak. Namun tidak semua tahu bahawa garam mampu untuk menanggalkan kerak dan kesan hangus pada periuk. Caranya masukkan garam ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Kemudian kacau sehingga kerak hitam di dalamnya mula tertanggal.

Minuman Berkarbonat

Korang yang suka minum air bergas boleh cuba untuk rendamkan air tersebut di dalam periuk dan biarkan semalaman. Hasilnya kesan hangus dalam periuk itu akan tertanggal. Korang juga boleh mencungkil kerak tersebut menggunakan sudu besi untuk memastikan ia benar-benar tertanggal.

Buah Tomato

Jika korang kehabisan tomato di rumah boleh pergi ke kedai runcit untuk membelinya. Tomato mempunyai asid yang mampu untuk menghilangkan kesan hangus di kuali dan periuk. Caranya hancurkan beberapa biji tomato dan letak di tempat yang hangus. Kemudian biarkan ia semalaman sebelum korang mencucinya.

Sabun

Jika korang ingin membersihkan periuk yang hangus itu secepatnya, korang boleh menggunakan kaedah ini. Caranya ambil sabun buku dan potong kepada 4 bahagian. Seterusnya, ambil sepotong sabun tersebut dan rendam dalam periuk. Kemudian terus sental dan cuci kesan hangus pada periuk menggunakan sabun tersebut. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu untuk menghilangkan kehitaman dalam periuk.

Baking Soda

Bahan ini mempunyai banyak manfaat antaranya untuk membuat kek dan menjaga kulit. Namun tidak semua tahu baking soda juga mampu menghilangkan kesan hangus dalam periuk. Caranya masukkan bahan ini sebanyak satu sudu ke dalam periuk. Kemudian campurkan dengan air dan biarkan selama beberapa jam. Hasilnya akan membuatkan kesan hangus tersebut mudah untuk ditanggalkan

OHMEDIA : SEMOGA BAHAN INI DAPAT MENGHILANGKAN KESAN HANGUS DALAM KUALI ATAU PERIUK DI RUMAH KORANG

+Baca respon pembaca periuk di rumah mempunyai kesan hangus? Gunakan bahan ini untuk membersihkannya di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top