Connect with us

Oh! Media

Penyerang Barca Luis Suarez Melihat Mereka Bertahan Seperti Budak Kecil

Umum

Penyerang Barca Luis Suarez Melihat Mereka Bertahan Seperti Budak Kecil

Kekalahan mengejut 4-0 (aggregate 4-3) pasukan Barcelona ke atas Liverpool awal pagi tadi memang sesuatu yang amat mengejutkan. Walaubagaimanapun, penyerang Barcelona, Luis Suarez dilihat sedikit kecewa dengan rakann sepasukannya.

ADVERTISEMENT

Suarez berkata, rakan-rakannya bertahan seperti kanak-kanak ketika melepaskan gol keempat yang menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

“Untuk gol keempat kami nampak seperti budak sekolah, kami perlu bersedia untuk berdepan semua kritikan yang akan kami terima sekarang,” kata Suarez.

“Kami amat sedih, kesakitan yang cukup banyak, kami merasainya sekali pun kami profesional.”

Juara Sepanyol Barca menjadi satu-satunya pasukan yang belum tewas di pentas Liga Juara-Juara musim ini tetapi kekalahan di Liverpool mengimbau penyingkiran di suku akhir kepada AS Roma, musim lalu.

“Kami perlu mengkritik diri kami kerana ini kali kedua perkara yang sama berlaku kepada kami. Kami tidak boleh melakukan kesalahan yang sama untuk dua tahun berturut-turut, ada begitu banyak perkara perlu dipertimbangkan dan perlu difikirkan semula,” kata Suarez.


“Mereka (Liverpool) melakukan apa yang mereka ingin lakukan, iaitu menjaringkan gol awal. Mereka mempercayainya sejak minit pertama sehingga akhir.

Perlawanan malam tadi menyaksikan pengendali Barca menurunkan kesebelasan utama manakala Liverpol terpaksa beraksi tanpa kelibat Mo Salah dan Roberto Firmino.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze “Oh Media Gaming” dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming – OMG dan Instagram @ohmediagaming.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas