Connect with us

Oh! Media

Peminat Sanggup Bayar Keith Foo RM400 Untuk Basuhkan Kereta

screen2bshot2b2014 11 282bat2b226192bpmpng

Umum

Peminat Sanggup Bayar Keith Foo RM400 Untuk Basuhkan Kereta

Bila sudah minat dengan seseorang artis yang disayangi, maka peminat sanggup melakukan apa sahaja walaupun berbelanja besar.

Terbaru, salah seorang peminat aktor kacak Keith Foo sanggup berhabis sejumlah RM400 semata-mata untuk Keith Foo membasuhkan keretanya.

Walaubagaimanapun, ia adalah untuk satu projek amal 1MKL Saturday Charity Car Wash anjuran Menara Kuala Lumpur dan Majalah Hiburan popular URTV pada Sabtu lalu.

IKLAN

Keith Foo turut meluahkan rasa terkejut apabila ada diantara peminatnya sanggup mengeluarkan wang sejumlah itu demi menjayakan program amal tersebut.

“Saya tidak menyangka yangada peminat yang sanggup membayar RM400 untuk saya mencuci keretanya. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada pembida iaitu Puyan Sania Saidi kerana sudi membuat amal bersama saya dan artis-artis lain,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Hasil keseluruhan bidaan beserta wang cuci kereta itu akan diserahkan kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas