Umum
Berat Badan Bertambah, Peminat Samakan Ayda Jebat Dengan Rosnah Mat Aris


Menurut Ayda, berat badannya semakin bertambah ketika melakukan pengambaran drama itu.
“Berat badan saya 45 kilogram dan menyedari berat badan naik sedikit kerana ketika penggambaran drama itu selera makan saya lebih daripada biasa.
“Ia naik dalam dua kilogram sahaja tetapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam. Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris.
“Muka saya sudah bulat ditambah pula rambut palsu yang tidak sesuai memang lagi buruklah jadinya. Pengarah ada tegur perkara itu, namun itu sahaja pilihan yang ada, lagi pula watak yang saya bawa itu memang memerlukan saya menjadi hodoh.
“Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus, tetapi mungkin nanti bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Micheal Ang saya cuba berdiet.
“Sebab dia sudah beri amaran supaya tidak kelihatan seperti Rosnah Mat Aris ketika dalam skrin nanti.”
OHMEDIA: Kami pun ada perasan, beberapa gambar Ayda Jebat yang benar-benar menampaknya dia semakin berisi.

