Connect with us

Oh! Media

Pemilihan Protege Telah Dibuat – Aizat dan Syafinaz

Maxresdefault2b252832529jpg

Umum

Pemilihan Protege Telah Dibuat – Aizat dan Syafinaz

Mentor musim ketujuh yang akan berlangsung nanti telah menyaksikan Aizat Amdan dan Datuk Syafinaz telah memilih protege mereka.

Aizat memilih Faizul Ashraf Fauzi (Pasha) dan Mohd Adzuan Mazlan (Megat). Pasha menyampaikan lagu Aku Mau sementara Megat dengan lagu Menghujam Jantungku telah berjaya menarik perhatian komposer muda tersebut. Sementara protege Aizat yang menyampaikan lagu Sulit nyanyian asal Aiman Aziz tersingkir kerana penyanyi Sampai Ke Hari Tua itu percaya Faris sudah bersedia untuk dunia luar.

Saya akan buatkan lagu untuk dia serta mendorong terus berada dalam industri muzik.

IKLAN

“Kepada yang terkeluar, program ini hanyalah pertandingan, jangan ambil hati dan down, anda perlu terus berusaha kerana dunia industri hiburan ini besar dan perlu diterokai dengan luas,” kata Aizat.

Bagi Syafinaz pula, pemilihan kedua mereka ini adalah kerana mempunyai ciri-ciri seperti yang pernah disebutkan terdahulu.

“Sejujurnya saya memang mencari yang mempunyai individuality, berani serta suara yang mantap,” ujarnya.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas