Connect with us

Oh! Media

Pelawak Tanahair Maki Pelanggan

Umum

Pelawak Tanahair Maki Pelanggan

OhMedia menerima satu aduan di WhatsApp tentang dirinya telah dikelentong oleh isteri seorang pelawak tempatan yang menjalankan perniagaan online. Bila timbul ketidak-puasan hati, hal yang kecil menjadi lebih besar apabila pelawak tersebut turut campur tangan dengan cara yang amat tidak professional. Pelawak yang dimaksudkan pengadu adalah Arin Raja Lawak. Mungkin namanya tak dikenali tapi wajah pelawak ini memang telah biasa dilihat melalui kaca TV.

ADVERTISEMENT

Pengadu mendakwa membeli satu beg berharga RM190 yang dijual isteri selebriti terbabit. Apa yang mengecewakan lain warna yang dibeli, lain pula yang sampai. Tidak cukup dengan itu, dompet yang didatangkan bersama juga jenis lain selain material dan zip beg tersebut setaraf bag yang boleh didapati di pasar malam berharga tak lebih dari RM20.

Mula-mula kata ‘sebijik’ lepas tu kata itu gambar bag lain pula.

Brg smpai sy complain..dh la oder lain dpt lain.. Sy oder beg ade gred wlaupun xori dengan bayaran rm190. Harga yg boley dkatakan tinggi utk beg gred 3A@2A kan. Tp smpai kat sy colour beg lain, dompet set lain.. Xckup tu material ngan zip beg sume mcm ley dpt kat pasar mlm harga 20 ringgit..“, jelas pengadu melalui Whatsapp.

Pengadu yang cuba untuk menghubungi peniaga mulanya dilayan acuh tak acuh namun kemudiannya peniaga mengambil langkah berdiam diri (malas nak layan). Mesej yang dihantar di Whatsapp telah dibaca tetapi tidak sesekali dibalas semula. Pengadu yang merasakan dirinya menjadi mangsa penipuan telah cuba menghubungi melalui telefon namun terpaksa pula mendengar ayat yang membuatkan telinga berdesing, “Wey babi ko dengar sini ya….” bukannya ayat meminta maaf seperti yang diharap-harapkan.

Sy faham penjual bg ayat manis sblm kite beli.. Tp salah ke sy cust just komplain brg yg die anta dgn mcm2 kesalahan.bkn 1 tau.. Sy sertakan skali resit atas name Mohd Zahrin b.Md Kasim. So sy panas hati sy kol balik.. Bini die plak BABi2 kan sy.. Die ckp wey babi ko dgr sini yer.. Kalau sy sempat rekod myb sy dh rekod pbualan biadap die tu ngan sy..

Kecewa dengan sikap lepas tangan peniaga yang tidak tahu menjaga pelanggan dan mencabarnya untuk membawa perkara ini ketengah, pengadu yang pada awalnya berdiam diri akhirnya tampil untuk perkara ini ketengah setelah mendapat nasihat dan golongan keluarga dan sahabat terdekat. Jelasnya menerima kata-kata makian dari seorang public figure, benar-benar amat mengecewakan.

Kite keje sparuh mati cari duit.. Beli 1 bende utk kpuasan diri sndiri.. Wlau jumlah @harga brg tu nilai nye kecil.. Bile kene tipu maki mcmni sy rase mcm sy lak mgemis kat die.buat cust mcm smpah. Mentang2 laki die retis. Sy marah die sbb lps tgn..xpndai jaga cust.. Nape x cek brg yg nk anta tu.. Arin kol sy..tp masetu sy bz tgh tlg cousin niaga bazar ramadan.. Die pukimak kan sy.. Sy betol xsangka artis yg xbpe nk hot ni sgt biadap!

Perbualan pengadu dengan Arin.

Sy rasa ckup la sy mngadu kat media setakat ini..mulanya sy nk bdiam diri je.. Tp atas desakan nasihat family dn kenalan tdekat.sy berani ke depan utk ceritakan ape yg blaku..segala kerugian sy yg hadapikn..tp terima kata2 cacian dan makian dr sorg public figure woW sgt la mkn dlm..Sekian.. “, tambahnya lagi.

Jadi hal sebegini pada kami para peniaga ni tak kiralah artis atau orang biasa, haruslah buat cara berniaga. Perlulah akui kesilapan yang kita lakukan jika pelanggan tak berpuas-hati dan tak susah pun untuk mengucapkan maaf bagi memperbetulkan kesilapan tersebut. Paling penting banyakkan bersabar melayani karenah pelanggan yang memang macam-macam perangai.

Kalau tak boleh buat itu semua, eloklah cari jalan lain kerana tak pasal-pasal peniaga kecil lain yang benar-benar ingin mencari rezeki secara online pun terkena tempiasnya (disebabkan orang dah takut nak shopping online).

Kita yang bukan pembeli ni pun rasa sakit hati sebab nampak sangat gambar yang diberikan pada awalnya mampu menarik minat pembeli tetapi barang yang diterima pula jauh panggang dari api. Sudahlah design langsung tidak sama, lepas tu bila dikritik mulalah melenting pada pelanggan kononnya kalau nak yang elok pergi beli yang original. Semudah itu ya?

Apapun ini semua hanya dari laporan sebelah pihak. Kita tunggu lah kalau-kalau selebriti ini dan isterinya nak memberikan maklumbalas.

Cari Tudung?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas