Connect with us

Oh! Media

Pelakon Disney Meninggal Dunia Pada Usia 20 Tahun

Umum

Pelakon Disney Meninggal Dunia Pada Usia 20 Tahun

Korang kenal tak pelakon Disney cerita Descendants, Cameron Boyce? Dia disahkan mati pada usia 20 tahun tau. Mudanya dia meninggal. Hmm ajal maut di tangan Tuhan kan? Dia meninggal dunia sebab dia ada masalah kesihatan dan berita tu disahkan oleh keluarganya sendiri.

ADVERTISEMENT

Dengan penuh dukacita, kami laporkan bahawa Cameron telah meninggal dunia pada pagi ini. Dia meninggal dunia dalam tidurnya akibat serangan sawan yang disebabkan oleh masalah kesihatan, yang mana dia telah menerima rawatan perubatan untuk menanganinya.


Sebelum dia meninggal, dia banyak membuat kerja-kerja amal termasuk dia join Biden Courage Awards pada bulan Mac lalu anjuran bekas Naib Presiden Joe Biden. Kalau korang nak tahu, dia ni berusaha kumpul dana sebanyak AS$30,00 (RM124,077) untuk membina telaga air bersih di Switzerland tau sehingga dia dihomati dengan Pioneering Award di Thirst Gala last year.


Cameron Boyce berasal dari Los Angeles dan dia buat debut jadi pelakon sejak usia 9 tahun dalam filem ngeri iaitu ‘Mirrors’. Dan akhirnya dapat juga dia berlakon dengan barisan pelakon hebat dalam filem komedi ‘Grown Ups’ sebagai anak kepada watak yang dilakonkan oleh Adam Sandler.

Kemudian, dia menunjukkan bakatnya dalam siri televisyen Disney sebagai Luke Ross yang bertajuk Jessie sehingga musim yang ke-4. Fuh hebat! Selepas itu, barulah dia makin terkenal dengan lakonannya dalam cerita ‘Descendants’ pada tahun 2015 dan 2017.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas