Connect with us

Oh! Media

Obses Untuk Kelihatan Kurus Punca Hazami Hidap Pendarahan Usus

Ohmedia hazami kurus 2jpg

Umum

Obses Untuk Kelihatan Kurus Punca Hazami Hidap Pendarahan Usus

Setelah sekian lama menyepi dari muncul di kaca TV, penyanyi Hazami dilaporkan telah dimasukkan ke ICU Pusat Perubatan Tropicana, Damansara kerana disahkan menghidap pendarahan usus.

Walaupun terdapat isu khabar angin kononnya Hazami telah meninggal dunia namun sebenarnya keadaan Hazami sudah semakin pulih dan kini menetap di kediaman ibunya di Gombak.

Ramai mungkin tertanya-tanya apa punya sebenar sehingga menyebabkan Hazami terlantar sakit dan menghidap penyakit berkenaan.

IKLAN

Hazami mendedahkan segalanya bermula daripada sikapnya sendiri kerana terlalu obses menurutkan berat badan sejak 10 tahun lalu kerana merasakan dirinya kurang menarik ketika muncul di televisyen.

Untuk kelihatan kurus, Hazami telah mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat dimana beliau hanya makan sekali sehari sahaja dan dalam masa yang sama terlalu ketagih meminum kopi pekat.

“Saya pernah dahulu mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan. Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja.

“Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital.” jelas Hazami.

OHMEDIA: APAPUN, KAMI MENDOAKAN SEMOGA HAZAMI KEMBALI SIHAT SEPERTI SEDIA KALA.

Ingin Cantik Seperti Keluarga Maembong?

Hari ini Oh! Media nak berkongsi tentang The Routine. Di dalamnya mengandungi Ballet Soap, Tango Toner dan Chacha Cream…

Posted by Oh! Media on Wednesday, August 19, 2015

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas