Connect with us

Oh! Media

Ning Baizura Panggil Bomba Sebab Dah Cemas!

Umum

Ning Baizura Panggil Bomba Sebab Dah Cemas!

Kesian Kak Ning kita, tak pasal-pasal dia cemas sebab jari tengah tangan kiri dia membengkak akibat pakai cincin. Mana taknya, dia memakai cincin tu sebab dia nak cepat sebelum buat persembahan. Last-last tak boleh tanggal. Fuh, sis pun boleh trauma hahaha.

ADVERTISEMENT

Hari ini adalah hari yang sangat traumatik buat saya. Ketika ingin menjayakan persembahanmalam tadi, saya telah memakai cincin dalam keadaan yang sangat-sangat rushing sebab dah lambat. Bentuk cincin saya pakai ini agak besar dan ia telah tersekat setelah gagal untuk ditanggalkan sehingga jari tengah saya mula membengkak. Saya cuba mencari pelbagai cara di internet termasuk dengan menggunakan sabun dan minyak untuk tanggalkan, tetapi ia masih gagal.


Time dia nak tanggal cincin tu, cuba korang bayangkan…tak boleh tanggal sehingga menyebabkan kesakitan macam kak Ning kita sebab dah sekat. Disebabkan jari dia membengkak teruk macam tu, dia pun pergilah klinik untuk mendapatkan rawatan.

Selepas berjumpa doktor, saya disarankan untuk mendapatkan bantuan dari Balai Bomba yang berdekatan dan saya terus bergegas ke Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Baru untuk mengeluarkan cincin tersebut. Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada seluruh pasukan Balai Bomba Pantai Baru kerana telah membantu saya dengan cukup profesional. Walaupun ia mungkin nampak seperti perkara kecil sahaja, tetapi mereka sangat baik hati dan memberi bantuan dengan sebaiknya.

Doktor pun sarankan kak Ning kita untuk minta bantuan daripada abang-abang bomba untuk tolong kak Ning kita. Kesiannya. Walau bagaimanapun, tahniah dan terima kasih abang-abang bomba kerana berjaya tanggalkan cincin di jari dan selamatkan Kak Ning kita!

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas