Connect with us

Oh! Media

Netizen Tegur Norman Hakim Cium Mulut Anak Perempuan

Umum

Netizen Tegur Norman Hakim Cium Mulut Anak Perempuan

Korang pun tahu, pelakon Norman Hakim adalah seorang ayah yang sangat penyayang. Walaupun dia dah lama bercerai dengan pelakon Abby Abadi, sis suka tengok diaorang berdua sebab hubungan diaorang masih baik demi anak-anak.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, Norman ada upload video di laman Instagramnya sehingga menjadi bualan ramai netizen. Video tu mamaparkan Norman bersama anak bongsunya iaitu Danisha berpelukan manja dan mencium kepala. Ya lah, benda tu normal kan?

Tetapi bukan itu sahaja tau gais! Video itu menimbulkan rasa kurang selesa sehingga ada netizen yang terpaksa tegur Norman sebab tak manis seorang ayah mencium mulut anak gadisnya. Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang anggap ia bukanlah satu kesalahan seorang ayah mencium mulut anak gadisnya selagi masih dalam batas agama.

Malah ada yang kata netizen yang suka judge Norman tu adalah kurang mendapat kasih sayang. Ya ke? Apa pun setiap individu mempunyai pendapat mereka masing-masing dan cara tersendiri dalam membesarkan anak-anak.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas