Umum
Netizen Panas Hati Aliff Syukri Kongsi Foto Tunggang Gajah

Kalau korang sebut Terlajak Laris mestilah korang ingat seseorang kan iaitu Datuk Aliff Syukri? Dia selalu jadi perhatian di media sosial. Mana taknya, selalu kena kutuk dengan netizen dan ada juga menjadikan dia sebagai idola yang menjadi usahawan berjaya. Baru-baru ini, dia ada pergi ke Thailand. Aliff Syukri ada memuat naik fotonya menunggang gajah ketika berada di Thailand.
Tetapi lain jadinya apabila dia upload gambar dia tengah menunggang gajah sehingga membuatkan netizen rasa panas hati dengan dia. Netizen di negara kita ni biasalah, ada je serba tak kena. Disebabkan dia menunggang seekor gajah, ramai netizen kecam Aliff kerana dianggap sebagai didera dan dipaksa untuk membawa pelancong di atas badan gajah tu.
Ada segelintir netizen berkata, walaupun dah ramai orang marah sebab naik gajah tetapi masih ada lagi orang naik. Dan ada juga berkata, orang yang membela haiwan ini sebenarnya mendera sehingga fizikal dan mental juga diseksa.

Oleh kerana itu, ramai yang menyuruh Aliff untuk delete gambar tu untuk berhenti melakukan perbuatan tersebut dan tidak mempromosikan kekejaman terhadap haiwan itu. Ramai netizen berasa amat sedih dengan tindakan Aliff sebab melihat gajah tu seolah dalam keadaan terseksa membawa pelancong.
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Oh! Makan
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM