Connect with us

Oh! Media

Negeri Sembilan E-Sports Championship 2019 Siap Sedia Gempur Pemilihan Sukan SEA 2019

Umum

Negeri Sembilan E-Sports Championship 2019 Siap Sedia Gempur Pemilihan Sukan SEA 2019

Akhirnya, program Negeri Sembilan Esports Championship 2019 (NSEC) telah berakhir dengan jayanya apabila pemain-pemain telahpun dipilih bagi mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan dalam mencari atlet negara untuk ke kejohanan Sukan SEA 2019 di Filipina.

ADVERTISEMENT

NSEC telah berlangsung selama 2 hari dan berjaya menarik seramai 500 penyertaan dari kalangan belia yang terdiri dari mereka yang berumur 13 hingga 35 tahun. Acara yang bermula pada 6 dan 7 April itu telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohamad Taufek Bin Abd Ghani Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia Dan Sukan dan juga mendapat kunjungan hormat dari Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun.

Untuk pengetahuan korang, pemilihan pemain esport ini diadakan di setiap negeri dan bagi Negeri Sembilan, ia dianjurkan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negeri dan juga mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri. Negeri Sembilan.

496 pemain terlibat dalam saingan NSEC 2019:

Antara permainan yang dipertandingkan di NSEC 2019 adalah Tekken7 seramai 16 pemain, FIFA19 seramai 64 pemain, PES2019 melibatkan 32 pemain dan Mobile Legends dengan jumlah penyertaan terbanyak yang melibatkan 64 pasukan seramai 384 pemain.

Selain itu, orang ramai yang hadir ke NSEC turut tidak ketinggalan untuk merasai sendiri pengalaman bermain sukan elektronik seperti Console Zone, Virtual Reality (VR) dan pameran booth dari pelbagai agensi seperti Axis Esports, Ultima Entertaiment, Unifi, ServerDNA, Kitamen dan juga Blvckbox.


Senarai pemenang NSEC 2019:

Mobile Legends: XPAX-XASSINS 

FIFA 2019: Infinite Leomes

PES 2019: Roku|Fath

Tekken 7: Eddy Seven

Starcraft 2: Rambo Pang

Dota 2: Dota Hero

AOV: M8 Pahlawan

Antara penaja yang turut menjayakan NSEC 2019:

Team Oh! Media juga turut sempat bersama merasai kehangatan NSEC 2019 dan melihat sendiri saingan sengit dikalangan pemain. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang berjaya mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan dan seterusnya terus membawa nama Negeri untuk mewakili Negara di Sukan SEA nanti.

Baju rasmi esports Negeri Sembilan

Untuk gamers berdarah Nogori di luar sana, korang wajib dapatkan baju rasmi esports Negeri Sembilan yang osem ini di Facebook Kelab Sukan Elektronik Darul Khusus.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas