Connect with us

Disebabkan Tayang The Lion King, Neelofa Dikecam Teruk Oleh Netizen!

Umum

Disebabkan Tayang The Lion King, Neelofa Dikecam Teruk Oleh Netizen!

Neelofa meminta maaf gais selepas dia dikecam dengan netizen sebab dia upload sedutan daripada filem The Lion King di laman Instagramnya. Perbuatan dia itu ditegaskan oleh Golden Screen Cinemas dan TGV Cinema kerana dia dah melanggar undang-undang dan terdapat satu kesalahan yang serius.

Haaa aiyokkk. Padan muka! Hahaha. Sis bergurau je, Lofa. Neelofa berkata tindakannya sebenarnya dilakukan tanpa sengaja sebab dia rasa teruja sangat untuk sokong filem The Lion King. Kalau sis pun excited, tak sabar nak tengok cerita tu!

“Saya tidak sedar bahawa tindakan itu boleh mencetuskan masalah lain. Justeru, saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap kesilapan yang saya lakukan. Saya juga berharap orang lain akan belajar daripada kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya.

Sis rasa korang tahu kot peraturan pawagam, sebenarya bukan di Malaysia je tetapi rasanya seluruh dunia kot yang kita tidak boleh sebarang merakam filem itu semasa ditayang di panggung wayang. Betul tak?

Kalau tak korang akan dikenakan denda paling minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun. So korang renung-renungkanlah kalau nak buat perangai hahahahah.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top