Connect with us

Oh! Media

Neelofa Hati-Hati Pilih Pakaian Elak Kontroversi Lagi

Umum

Neelofa Hati-Hati Pilih Pakaian Elak Kontroversi Lagi

Aktres cantik Neelofa pernah dikecam teruk kerana pakaian yang diperagakannya dalam Anugerah MeleTOP ERA (AME) tahun lalu sehingga disamakan dengan watak kartun popular Power Rangers.

ADVERTISEMENT

Sekali lagi ditugaskan sebagai pengacara Anugerah MeleTOP tahun ini, Neelofa menegaskan akan berhati-hati memilih pakaian apatah lagi dengan imejnya yang sudah berhijab.

“Saya tidak akan lakukan kesilapan seperti apa yang pernah berlaku pada saya, tahun lalu. Tetapi apa yang terjadi tahun lalu berikutan saya tidak mempunyai banyak masa untuk buat persiapan. Ketika itu, saya baru balik dari Los Angeles. Jadi, saya cuma mempunyai masa tidak sampai seminggu untuk buat persiapan. Untuk kali ini, lebih teratur”

“Saya mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persiapan. Sementara, pihak Astro juga ada memberi penerangan tentang apa yang patut saya pakai pada malam anugerah itu. Saya harap tidak akan timbul isu lagi mengenai pakaian saya. Lagipun, saya cuma akan memakai satu pakaian sahaja iaitu rekaan Fiziwoo pada majlis itu nanti,” tambahnya lagi.

Sementara itu, ditanya tentang gosip yang mengatakan bahawa dia bakal berkahwin dengan kerabat diraja, Neelofa enggan mengulas lanjut dan lebih selesa berdiam diri.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas