Connect with us

Oh! Media

Nasir Bilal Khan Berserah – Biar Mereka Tanggung Dan Jawab Di Akhirat

Umum

Nasir Bilal Khan Berserah – Biar Mereka Tanggung Dan Jawab Di Akhirat

Sikap tolak ansur seorang pelakon popular yang telah hampir 30 tahun dalam industri seni, akhirnya terpaksa bersuara. Pelakon itu adalah, Nasir Bilal Khan yang mengakui tidak pernah meletakkan soal bayaran sebagai keutamaannya setiap kali menerima tawaran berlakon.

ADVERTISEMENT

Saya percaya semua orang ada matlamat hidup, begitu juga dengan saya. Matlamat saya adalah untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi kerja-kerja lakonan saya.

“Memang dari dulu pun saya tidak meletakkan soal bayaran sebagai keutamaan, sebaliknya lebih memikirkan kepada tanggungjawab kepada masyarakat,” tegasnya.

Namun disebabkan sikap dan prinsip terrsebut, tidak dinafikan adak pihak yang sengaja mengambil kesempatan terhadap pelakon Munafik 2 ini dengan meletakkan bayaran terlalu rendah setaraf dengan pelakon tambahan.

“Jika ceritanya memang memberi sumbangan yang besar dan penting kepada masyarakat, Insya-ALLAH saya tetap akan sokong. Saya buat kerana ALLAH biarpun mereka memberikan bayaran yang sangat rendah dan ada kala tidak masuk akal.

“Saya sudah jalankan tanggungjawab saya. Soal mereka tidak jujur dengan rate bayaran, itu biarlah mereka tanggung dan jawab di akhirat nanti. Saya takkan mempersoalkan pada mereka kerana mereka sepatutnya lebih tahu,” ujarnya.

“Pernah satu ketika, ada rakan pelakon seangkatan saya datang jumpa dan bercakap tentang perkara ini dengan saya. Katanya, kalau saya yang dah menang beberapa anugerah ini bersetuju berlakon dengan harga begitu rendah, dia yang tidak pernah menang apa-apa anugerah itu bagaimana pula?

“Masa itu saya sedar, tanpa sengaja saya mungkin telah menjejaskan ‘market’ rakan-rakan lain apabila mereka turut menerima tempias dari prinsip dan sikap tolak ansur saya. Benarlah, walaupun niat kita betul tapi kadang-kadang ia telah memberi masalah kepada orang lain apabila ada pihak tidak menjalankan amanah mereka dengan baik.

“Jadi saya membuat keputusan untuk membuat lebih pertimbangan kepada tawaran yang diberikan di bawah rate yang tidak sepatutnya untuk kebaikan semua pihak,” ujarnya jujur.

Oh! Media: Jadi sebenarnya, inilah realiti yang terpaksa ditanggung oleh para pelakon apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadapat diri mereka. Harap perkara ini dapat diselesaikan dan diambil berat semua pihak.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas