Connect with us

Oh! Media

Nabil Ahmad Tidak Bercadang Untuk Naikkan Harga

Umum

Nabil Ahmad Tidak Bercadang Untuk Naikkan Harga

ADVERTISEMENT

Selepas mendapat pengiktirafan sebagai Pengacara Hiburan Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AAA), pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad tetap menunjukkan sikap meendah diri.

Nabil menyatakan, kemenangan pada acara sempena pameran dan pasaran kandungan serta kreatif global (MIPCOM) di Cannes, Perancis pada Isnin lalu itu membakar semangatnya untuk terus memberikan yang terbaik dan Nabil juga tidak bercadang untuk menaikkan harga bagi perkhidmatannya.

“Bayaran saya tetap sama sahaja. Tidak akan ada perubahan kerana dalam situasi sekarang, kita tidak boleh meletak letak harga sesuka hati.

“Saya pernah berdepan pengalaman apabila langsung tidak menerima tawaran dan keadaan itu membuatkan saya bimbang memandangkan saya ada banyak komitmen.

“Perasaan bimbang itu, bagaimanapun hilang apabila rakan lain turut mengalami nasib serupa. Justeru, saya tidak mahu berkira sangat soal bayaran kerana apa yang lebih penting adalah tawaran kerja berterusan demi jaminan masa depan,” katanya kepada BH Online.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas