Connect with us

Oh! Media

Mimpi Ngeri Samsung Berulang – Samsung Galaxy Note 9 Meletup?

Samsung galaxy note 9 feature 1170x658jpg

Umum

Mimpi Ngeri Samsung Berulang – Samsung Galaxy Note 9 Meletup?

Masih ingatkah anda dengan letupan pada telefon pintar Samsung Note 7 yang berlaku 2 tahun lepas? Nampaknya mimpi ngeri itu kembali lagi. Kali ini letupan berlaku bagi model terbarunya pula iaitu Samsung Note 9.

Berita ada melaporkan bahawa letupan ini berlaku di New York sehingga menyebabkan kebakaran apabila letupan berlaku dari beg tangan seorang wanita. Mangsa Diane Chung memaklumkan Note 9 miliknya menjadi sangat panas dan terhidu bau hangit pada beg tangannya. Bagaimanapun kes ini akan dibawa ke mahkamah untuk siasatan lanjut.

Mengambil dari apa yang berlaku kepada Note 7, Samsung telah memaklumkan bahawa pihaknya telah melakukan kajian yang terperinci dalam pemasangan bateri. Beberapa ujian juga telah dibuat terhadap teknologi terbaru Samsung berkenaan.

IKLAN

Samsung juga memaklumkan bahawa pihaknya telah memasang bateri Samsung Galaxy Note 9 dengan penuh ciri keselamatan serta bebas daripada masalah letupan.

Bagaimanapun, selain dari kes ini, pihak Samsung secara rasmi masih belum menerima laporan mengenai masalah letupan ini. Jadi harapnya, kes ini dapat disiasat dengan lebih teliti bagi menjamin keselamatan pengguna.

Oh! Media: Bagi kami, model Samsung Note 9 ini adalah antara peranti yang terbaik yang pernah dihasilkan oleh Samsung. Tetapi, semua pengguna Samsung turut perlu lebih berhati-hati sehingga kes ini terbukti, agar kemalangan yang sama tidak berulang.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas