Connect with us

Oh! Media

Mimpi Arwah Ayah Tidak Senyum Buat Jue Aziz Nekad Berhijab

Umum

Mimpi Arwah Ayah Tidak Senyum Buat Jue Aziz Nekad Berhijab

 

Tahniah diucapkan kepada pelakon cantik dan berbakat besar Jue Aziz kerana selangkah menuju kearah yang muslimah yang lebih baik setelah mengambil keputusan untuk berhijab.

ADVERTISEMENT

Mungkin ini adalah perkara biasa kepada orang lain, namun ada kisah menarik dan menyentuh hati yang terjadi terhadap Jue sehingga membuatkannya nekad untuk memulakan imej barunya itu.

Menurut Jue, pada 21 Julai yang lalu dia telah kehilangan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung dan ibubapanya pernah meminta Jue untuk memakai tudung namun pada ketika itu Jue masih belum bersedia untuk berhijab hanya kerana orang lain yang menyuruhnya. Namun segalanya berubah dari mimpi yang dialami oleh Jue.

“Alhamdulillah, penghijrahan saya dipermudahkan Allah. Malam Ahad lalu ketika saya ambil wuduk untuk solat, hati saya dirundung perasaan rindu teramat pada arwah ayah. Saya teringin sangat menatap wajahnya dengan senyuman. Malam itu, ketika tidur, saya mimpikan ayah. Malangnya, ayah tidak senyum sehingga saya memegang kedua-dua belah pipinya untuk memaksanya senyum.

Keesokannya, pada hari Isnin saya pergi ke kubur arwah ayah dengan dua kakak. Setibanya di kubur ayah, saya berasa tenang sekali. Saya tidak dapat gambarkan perasaan tersebut. Lalu, saya menceritakan mengenai mimpi tersebut kepada kakak kedua.

Dengan nada lembut kakak memberitahu, mungkin itu pesanan daripada Allah meminta diri saya berubah untuk bertudung. Saya terus menangis dan memeluk kakak. Tiba-tiba pintu hati saya untuk memakai tudung dibuka luas-luas. Saya cakap pada kakak, maknanya Allah dengar doa saya. Maknanya Allah sayangkan saya.

Selepas melawat kubur ayah, saya terus ajak kakak beli tudung. Saya rasa inilah masanya untuk saya bertudung penuh sehingga menutup dada. cukup-cukuplah penampilan saya sebelum ini.” – cerita Jue.

OHMEDIA: Jue semakin cantik selepas berhijab. Semoga Jue terus istiqomah dalam penghijrahan.

——————————————————– 

https://www.facebook.com/ohperfumenista

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas