Connect with us

Oh! Media

Memey Selamat Bersalin Anak Kedua, Norman Hakim Luah Perasaan Menyentuh Hati

Umum

Memey Selamat Bersalin Anak Kedua, Norman Hakim Luah Perasaan Menyentuh Hati

Tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza kerana telah menimang cahayamata kedua semalam.

ADVERTISEMENT

Memey, 27, selamat bersalin bayi lelaki seberat 3.45kg secara normal pada jam 9.45malam di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Norman menerusi laman sosial Instagram miliknya. Norman juga menceritakan kembali pengalamannya semasa menunggu kelahiran anak kedua mereka yang menyentuh hati.

“Serupa tapi tak sama..dua situasi yang berbeza.Gambar kanan; Momen sebelum kelahiran dalam #labourroom.Ajak selfie tapi baru perasan kantoi muka cuak.Gambar kiri; Momen selepas kelahiran,keluar dari #labourroom ,nampak muka relief kat situ.TAPI wifey @memeysuhaiza ,sebelum ke..selepas ke..muka maintain tetap sama.

Maha Kuasa Allah dicipta ‘suatu kekuatan’ yang sangat hebat buat kaum HAWA dalam situasi yang kaum ADAM tak pernah dapat rasa dan bayangkan! Seminggu sebelum tarikh 8/4/15,sayalah manusia yang paling tak keruan! Tidur malam tak lena asyik tersentak, mengadap muka dan perut isteri sepanjang malam risau bila la nak bersalin ni..sekarang ke?pagi nanti ke?

TAPI wifey tetap relax.Bila dia terjaga dia tanya saya “kenapa payang”?Skrip jawapan saya tetap sama “dah sampai masa ke love?”Allahuakbar Allah sahaja yang tahu rasanya,sehinggalah ke malam tadi barulah saya dapat tidur dengan lena..sangat nyenyak dan selena-lenanya.

Tq Allah atas ujian rasa dan nikmat ini.Buat wifey @memeysuhaiza …abg antara saksi ‘perjuangan’ sayang yang sangat hebat dan getir malam tadi.Dalam hati abg, hanya ni skrip yang abang termampu masa sayang tengah berjuang tu… “Ya Allah,ampunkanlah segala dosa2 isteriku ini kepadaMu dan kepada ku Ya Allah.Bagilah aku kongsi sikit rasa sakit ini Ya Allah.Aku takut sangat ni Ya Allah kalau aku hilang dia.Tolong aku Ya Allah”…dan alhamdulillah Allah dengar dan segalanya selamat…Aamiin YRA.Terima kasih Allah,terima kasih para malaikat,terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.Terima kasih…”

OHMEDIA: Kami doakan semoga keluarga Norman Hakim terus bahagia, dan anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah hendaknya.

Nak cari barang best-best dan murah?

Pernah dengar tentang #Varydeal tak yang beralamat di www.varydeal.com.my? Ianya sebuah web yang dibangunkan anak-anak…

Posted by Oh! Media on Wednesday, April 8, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas