Connect with us

Makna Allah Dekat Kepada Hamba-Nya

Umum

Makna Allah Dekat Kepada Hamba-Nya

SOALAN:
Ada hadith yang berbunyi: ‘Jika kamu dekati aku sejengkal maka aku dekatinya sehasta’. Apakah maksudnya?

JAWAPAN:
Berkata Imam Jamaluddin Abu Fadhli Ibnu Manzhur pada kitab Lisanul Arab:

وفي الحديث (ومن تقرَّبَ إليَّ شِبرًا تقرَّبتُ إليه ذِراعًا)، المراد بقرب العبد من الله عزَّ وجلَّ القرب بالذكر والعمل الصالح، لا قُربَ الذات والمكان، لأن ذلك من صفات الأجسام، والله يتعالى عن ذلك ويتقدَّس

“Dan pada hadith (Qudsi):

ومن تقرَّبَ إليَّ شِبرًا تقرَّبتُ إليه ذِراعًا
“Siapa mendekatkan dirinya kepada Aku sejengkal nescaya Aku akan mendekatkan kepadanya sehasta.”

Yang dikehendaki akan maksudnya dengan dekat hamba kepada Allah Azza wa Jalla itu ialah dekat dengan zikir dan amal soleh. Bukan dekat dengan zat atau tempat dari kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah sifat makhluk yang bertubuh. Dan Allah Maha Tinggi dari yang demikian itu dan Maha Suci.”

Dan berkata Ibnu Manzhur lagi:

مَعْنَاهُ مَنْ أَطَاعَنِي أَثَبْتُهُ أَكْثَرَ مِنْ عَمَلِه
“Maknanya ialah barangsiapa yang mentaati akan Aku maka Aku akan berinya pahala lebih banyak dari apa yang dia telah amalkan.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top