Connect with us

Oh! Media

Maher Zain Gembira Akhirnya Dapat Kembali Ke Malaysia

p03f3g32jpg

Umum

Maher Zain Gembira Akhirnya Dapat Kembali Ke Malaysia

Setelah sekian lama, akhirnya penyanyi asal dari Lubnan iaitu Maher Zain kembali ke Malaysia dalam Malaysia Tour 2019. Mengakui sering menantikan peluang untuk berjumpa peminat di Malaysia menganggap peluang kali ini bukan kali pertama dan terakhir.

Maher Zain Malaysia Tour 2019 akan diadakan di empat buah negeri yang bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur ( 9 Mac), Pasir Gudang, Johor Bahru ( 15 Mac), Stadium Spice, Pulau Pinang ( 16 Mac) dan Universiti Malaysia Sabah (17 Mac)

“Saya anggap ini sebagai permulaan untuk mengadakan konsert di negeri-negeri lain pula. Biarpun buat masa ini saya hanya berpeluang untuk berada di empat negeri, tetapi Insya-Allah andai ada kesempatan, saya mahu ke tempat lain pula.

IKLAN

“Sokongan padu peminat di negara ini sejak saya menjejakkan kaki pada 2016, seringkali membuatkan hati saya sentiasa gembira untuk ke sini sekali lagi.

“Jujurnya, saya selalu bertanya kepada diri sendiri, bilakah agak dapat mengadakan konsert jelajah di sini.

“Syukur Alhamdulillah, impian menjadi nyata dengan adanya konsert jelajah 2019 ini,” ulasnya.

Bakal menyampaikan 20 buah lagu sepanjang dua jam konsert berlangsung, Maher berharap tidak tersalah membuat pilihan lagu.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas