Connect with us

Oh! Media

(Tahniah) Lisa Surihani Sah Hamil Anak Pertama

Umum

(Tahniah) Lisa Surihani Sah Hamil Anak Pertama

Semalam bukan sahaja berlangsungnya majlis perlancaran treler filem terbaru KRU, Cicakman 3 malah ia juga turut menjadi saksi kepada pengumuman berita gembira daripada Yusri bahawa isterinya Lisa Surihani kini sedang hamil.

ADVERTISEMENT

Dalam majlis yang dihadiri kami semalam yang bertempat di GSC, Pavillion Yusri secara terbuka menggumumkan berita kehamilan isterinya.

“Ya… Lisa mengandung tapi masih awal untuk kami bercerita mengenainya. Tunggulah selepas kandungannya kuat dulu, selepas tiga bulan,” katanya.

Walaubagaimanapun, Yusri menepis dakwaan bahawa mereke menyembunyikan berita gembira itu kerana terikat dengan kontrak bersama Astro.

“Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV. Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama,” tambahnya lagi.

OH! MEDIA: Tahniah buat Yusri & Lisa. Berita gembira itu sekaligus menutup mulut-mulut jahat bahawa Yusri tidak mampu memberi zuriat. Alhamdulillah.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas