Connect with us

Oh! Media

Lindsay Lohan Ucap Selamat Hari Jadi Buat Sultanah Pahang

Umum

Lindsay Lohan Ucap Selamat Hari Jadi Buat Sultanah Pahang

ADVERTISEMENT

Wow, agak mengejutkan kerana aktres popular antarabangsa Lindsay Lohan mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran untuk Sultanah Pahang, Sultahan Hajah Kalsom Abdullah menerusi laman sosial Instagramnya.

Lindsay yang memuatnaik gambarnya sedang ber’selfie’ di hadapan cermin dengan ucapan;

“Happy Birthday to the beautiful #Queen Sultanah of Pahang. Terima Kasih banyak!”, tulisnya beserta dengan perkataan dalam bahasa Melayu di akaun Instagram sekaligus mencuri perhatian warga Malaysia yang meninggalkan pelbagai komen lucu di Instagram.

Status itu menerima banyak pujian malah ada yang menganggap bahawa Lindsay mempunyai hubungan yang baik dengan Sultanah Pahang.

Sebelum ini, Lindsay pernah menimbulkan tanda tanya apabila beberapa kali memuatnaik gambar dan status yang menunjukkannya seolah-olah sedang mendekati agama Islam. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas