Connect with us

Oh! Media

Oh My Goat! Jualah Hebat Red Hot CNY Dari Lazada!

Branded

Oh My Goat! Jualah Hebat Red Hot CNY Dari Lazada!

Sempena perayaan tahun baru cina tidak lama lagi, Lazada seperti biasa pada setiap perayaan lain akan membawakan ribuan tawaran hebat pada 27 Januari 2015 (Selasa) ini bagi memastikan musim cuti ini dipenuhi dengan keriangan yang berganda lagi.

Pembeli lewat malam ini akan menikmati tawaran istimewa dari jam 12 malam hingga 8 pagi (so sila standby awal-awal ye) manakala mereka yang ingin mendapatkan harga tawaran yang lebih murah dan menakjubkan kenalah tunggu 16 ‘flash sales’ antara jam 8 pagi hinggalah tengah malam. Lebih istimewa kepada pemegang kad Maybank kerana akan menikmati potongan 10% sepanjang hari melalui apa sahaja pembelian yang dilakukan. Jadi kalau ada terniat nak beli apa-apa di Lazada atau di mana-mana sekalipun sekarang ini, eloklah sabar dulu dan tunggu flash sales tu nanti sebab sebelum-sebelum ni ianya tak pernah mengecewakan.

Phablet yang amat popular ketika ini kerana mempunyai spec yang tinggi tetapi dijual dengan harga rendah, Xiaomi Redmi Note 4G hanya dijual pada harga serendah RM589 sahaja hari tersebut. Lebih istimewa lagi kepada 200 orang pemegang kad CIMB, korang boleh beli pada harga serendah RM549 sahaja termasuk kualiti yang terjamin. Ini merupakan harga jualan paling murah yang pernah dilakukan di Malaysia. So kalau nak beli, sabar dan tunggu esok (27 Januari 2015)

Pada hari esok sahaja juga merupakan peluang terbaik untuk sesiapa yang sedang berkira-kira untuk membeli phone baru. Korang boleh beli phone baru pada harga yang sangat istimewa seperti Huawei Honor 3C pada harga serendah RM399, Honor 6 pada harga RM999 dan tablet bermula pada harga jualan RM499. Tambahan pula pelbagai freebies percuma akan diberikan bagi pembelian mana-mana satu dari peranti tersebut, hanya pada 27 Januari ini.

Ini masanya untuk tak perlu penat nak mencari kat luar, tapi buat pembelian atas talian dan barang tu sendiri akan sampai ke rumah. Siapa yang suka dapat banyak giveaway tu bolehlah sertai peraduan CNY-Facebook anjuran Lazada dan berpeluang memenangi baucer membeli-belah bernilai RM888.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas