Connect with us

Oh! Media

Lana Nodin Bakal Kahwini Pemain Bola Tampar AS, David Mckienzie

Umum

Lana Nodin Bakal Kahwini Pemain Bola Tampar AS, David Mckienzie

Setelah pernah berkali-kali digosip bercinta dengan beberapa artis, kini aktres cantik Lana Nodin mengumumkan bahawa dia telah memilih jejaka mat saleh yang juga pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), David Mckienzie sebagai teman hidup.

ADVERTISEMENT

Lana, 35, mengesahkan bahawa dia bakal melangsungkan pernikahannya dengan David pada 15 Mei depan.

“Biarpun perkenalan kami singkat tetapi itu bukan soal utama kerana paling penting kami serasi dan paling penting dia memahami tentang Islam.

“Saya dan David mahu mempercepatkan perkahwinan ini kerana tidak mahu menunggu lama dan kami masing-masing pun sudah bersedia,” katanya kepada media mStar.

Aktres yang terkenal dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia itu berkata demikian dalam satu sidang media khas pengumuman perkahwinannya yang diadakan di Hotel Istana semalam.


Dalam pada itu, Lana turut memberitahu bahawa David telah memeluk agama Islam pada 5 Disember tahun lalu dan nama Islamnya kini adalah Mohd Daud Kckienzie, 35.

“Dia faham apabila ingin berkahwin dengan saya dia perlu memeluk Islam dan dia faham tentang agama kita kerana pernah tinggal di Dubai selama 7 tahun.

“Ia hadiah hari jadi yang paling istimewa yang pernah saya terima apabila Mohd Daud memeluk Islam,” katanya.

Menurut Lana, David melamarnya pada 3 Januari lalu ketika menikmati makan malam bersama semasa bercuti di New York, Amerika Syarikat.

Perkahwinan pasangan ini dijangka akan dilangsungkan di Hotel Istana dan diuruskan oleh teman baik Lana iaitu aktres Lisdawati.

Sebelum ini, Lana pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Johan As’aari dan merancang untuk berkahwin namun berpisah selepas sebulan bercinta.

OHMEDIA: Semoga jodoh ini dapat membimbing Lana ke jalan lebih dekat dengan Allah dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Lamaran ditolak teman wanita… Dah kenapa?

Lamaran ditolak teman wanita… Dah kenapa?

Puas la nak propose dengan cincin dan bunga tak jugak menjadi. Memang sakit kepala la kalau dapat awek macam ni. Haha. Kasihannn…. #gadisterlampau #gadisgila #ChriszenMoistCakeSumber: http://youtu.be/9cEJPq5YuAE

Posted by Oh! Media on Wednesday, March 25, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas