Umum
Lady Gaga Akan Sertai Marvel, Jadi Kekasih Rocket Raccoon?

Korang kenal tak penyanyi Bad Romance, Lady Gaga? Dengar cerita dia akan join Marvel Cinematic Universe (MCU) untuk projek yang akan datang. Fuh! Get ready gais! Benda ini disahkan oleh @MCU_Direct di twitter yang Lady Gaga akan berlakonkan watak Lylla, girlfriend kepada Rocket Raccoon gais dalam cerita, Guardians of the Galaxy.
Yang lagi bestnya, kalau korang nak tahu watak Rocket Raccoon ni sebenarnya dipegang oleh Bradley Cooper tau. Kalau benda ni betul dan sahih, ni lah sis rasa kali kedua diaorang bergandingan selepas cerita, A Star Is Born.
RUMOR: @ladygaga is reportedly being considered to provide the voice of Lady Lylla, Rocket’s love interest, in GUARDIANS OF THE GALAXY, VOL. 3! https://t.co/RsBnPSdUwK pic.twitter.com/FS1vg4MLPN— MCU Direct (@MCU_Direct) June 30, 2019
Untuk Guardians of The Galaxy yang new edition, dia nak Rocket Raccoon jadi watak utama dan dekat situlah nanti watak Lylla muncul dan memainkan peranan. Sis tak sabar nak tengok! Bukan tu je tau, kemungkinan Thor pun akan muncul dalam cerita tu bagi memeriahkan Guardians of The Galaxy lagi.
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
