Connect with us

Oh! Media

Koleksi Raya 2016 Dari TudungPeople

Branded

Koleksi Raya 2016 Dari TudungPeople

TudungPeople bukanlah satu jenama yang perlu diperkenalkan lagi untuk penggemar dan pengikut industri tudung di Malaysia ini sejak tahun 2011. Oh! Media sendiri adalah penggemar jenama mereka. Berpeluang untuk melihat rekaan terkini untuk Koleksi Raya 2016 TudungPeople adalah sesuatu yang tak kami lepaskan.

Untuk Aidilfitri tahun ini, terdapat 17 rekaan edisi terhad berkonsepkan Peony & Sakura telah diperkenalkan kepada umum dan apa yang penting sekali, semua rekaan tudung dari TudungPeople adalah sentiasa patuh syariah.

Galeri:

NLUXE TudungPeople


Pada hari Sabtu lalu, TudungPeople telah memperkenalkan lagi beberapa koleksi terbaru mereka sebagai tambahan kepada koleksi Raya TudungPeople 2016 iaitu NLUXE. Koleksi NLUXE ini mengekalkan rekaan minimalistik dalam pelbagai warna dan didatangkan dengan 25 warna pilihan dan hanya dijual pada harga serendah RM59 sahaja.

Kalau tak tahu nak menggayakan, senang aje sebenarnya. Berikut adalah video tutorial untuk menggayakan tudung NLUXE ini.


Semua koleksi ini boleh dibeli secara online atau berkunjung terus ke Signature Butik mereka iaitu TPSignature di Bangi Sentral. Selain semua rekaan terbaru sempena hari raya nanti untuk dipilih, boleh juga terus chill rilek-rilek di Wander Cafe yang juga sebuah cafe milik TudungPeople.

Oh ya, kalau nak menang duit raya RM1,000 jangan lupa untuk join contest mudah di Facebook Oh! Media ya? Hanya perlu share dan menang! Boleh klik di sini untuk sertai.

Untuk melihat lebih banyak rekaan menarik mahupun membuat pembelian secara atas talian, boleh pergi ke website mereka di www.tudungpeople.com atau lebih mudah lagi melalui Instagram, @TudungPeople.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas