Connect with us

Oh! Media

Kini Peminat Perlu Membeli Tiket Jika Ingin Menonton AJL Ke-33

Umum

Kini Peminat Perlu Membeli Tiket Jika Ingin Menonton AJL Ke-33

Setelah sekian lama ia diberikan secara percuma, kini buat ka;li pertama, pihak produksi Anugerah Juara Lagu, AJL meletakkan harga tiket masuk kepada penonton dan peminat sempena dengan penganjuran AJL ke-33 yang akan diadakan pada 3 Februari ini.

ADVERTISEMENT

Tiket yang dijual pada harga bermula RM25 itu dibuat secara atas talian bermula 7 Januari hingga 2 Februari depan yang akan diadakan di Stadium Axiata, Bukit Jalil.

Menurut Pengurus Hiburan Primeworks Studio, Muhammad Sufian Che Isa, ini merupakan kali pertama tiket AJL dijual kepada umum.

“Menerusi cara ini, semua peminat AJL33 berpeluang mendapatkan tiket AJL33 secara atas talian secara adil. Jadi dapatkan segera tiket ini sebelum kehabisan kerana ia dijual pada harga yang sangat rendah.

“Apatah lagi ia merupakan sebuah pertandingan yang menghimpunkan barisan penyanyi popular masa kini berentap sesama mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

AJL33 mempunyai tiga jenis tiket dan dijual harga berbeza iaitu RM25 (tempat duduk aras empat), RM35 (tempat duduk aras tiga) dan RM55 (arena).

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas