Connect with us

Oh! Media

Sebab Sebenar Kim Jong Kook Mahu Tinggalkan Running Man

screen2bshot2b2015 02 102bat2b1117132bampng

Umum

Sebab Sebenar Kim Jong Kook Mahu Tinggalkan Running Man

Berita ini mungkin akan membawa kemurungan kepada semua penggemar program yang sangat popular Running Man terutamanya peminat aktor Kim Jong Kook.

Kim Jong Kook yang sering menjadi peserta favorite kerana ketangkasan dan kecomelan wajahnya dikhabarkan bakal meninggalkan program itu.

Aktor itu meluahkan hasratnya kerana kerap mengalami kecederaan sepanjang menyertai rancangan itu malah mengakui sudah memikirkan hasrat itu semenjak dua tahun yang lalu lagi.

IKLAN

“Saya sering membawa bekalan ubat ketika berada di set penggambaran Running Man dan saya akui agak sukar untuk saya meneruskan penggambaran tanpa bantuan ‘athletes tape’ itu.

“Kerana sering tercedera saya pernah terfikir untuk menarik diri dari rancangan tersebut dua tahun yang lalu.”

Oleh kerana keadaan diri yang sering mengalami kecederaan, Jong Kook merasa bersalah kepada rakan sepasukannnya yang lain kerana rancangan itu memerlukan ketangkasan yang kuat bagi menjadi pemenang.

“Perasaan bersalah sering menghantui diri saya kerana khuatir saya tidak dapat memberikan yang terbaik kepada ahli dan juga produksi Running Man.” – jelas Jong Kook.

OHMEDIA: Jika benar, kita nantikan siapa aktor yang bakal mengantikan Jong Kook.

————————————————————

www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas