Connect with us

Oh! Media

Kesusahan Isi Minyak Yang Korang Alami Selama ni Boleh SETEL Dengan Cara Mudah Ini!

Umum

Kesusahan Isi Minyak Yang Korang Alami Selama ni Boleh SETEL Dengan Cara Mudah Ini!

Fuhh! Walaupun kita tidak berjaya cipta dan merasa naik kereta terbang dalam tahun 2020 ni, tapi Ohmedia tetap rasa puas hati bila akhirnya kita boleh isi minyak dari dalam kereta jer. Wow! Maklumlah, semakin hari kereta semakin bertambah dan semua orang nak cepat. Betul tak?

ADVERTISEMENT

Mesti ramai yang dah perasan kewujudan aplikasi SETEL yang merupakan aplikasi e-pembayaran bahan api pertama di Malaysia. Setel juga sudah mula diguna pakai di semua stesen PETRONAS di Lembah Klang. Lagipun sekarang, banyak benda boleh dibeli dengan hanya satu klik jer dekat telefon pintar. Jadi, kenapa korang perlu guna cara lama lagi kalau dah ada Setel?

Lebih selamat untuk pemandu wanita & ibu yang mempunyai anak kecil

Semua sedia maklum yang sekarang kita ingin mengurangkan penggunaan wang tunai dan Setel nampaknya menyokong usaha ini dimana korang tak perlu bawa duit dan beratur panjang lagi. Setel ni bukan sekadar e-wallet biasa, tetapi ia adalah cara baru yang lebih lancar bagi memudahkan urusan ketika pengisian minyak kereta dengan hanya membuka aplikasi, lakukan pembayaran dan mengaktifkan pam minyak dari telefon pintar jer gais!

Lagi-lagi untuk kaum ibu yang bawa anak kecil , tak payah susah-suah beratur sambil kena perhatikan anak dalam kereta tu. Cara ni lebih selamat tau untuk pemandu wanita di luar sana.

Tak perlu bawa kad Mesra & ganjaran dikreditkan secara automatik

Psst! Untuk tebus mata ganjaran Mesra, korang tak perlu lagi beratur berjeler dan buang masa untuk mengisi borang. Kalau korang nak buat penukaran mata Mesra di aplikasi Setel, korang kena menghubungkan kad Mesra terlebih dahulu. Bila dah buat, mata kad Mesra akan dikreditkan secara automatik ke akaun Setel korang tau.

Tak perlu simpan resit kertas lagi

Ohmedia tahu ramai orang yang nakkan resit sebab nak claim duit dekat boss. Kah! Tapi dengan Setel ni, korang tak perlu susah payah nak simpan resit banyak-banyak sebab dekat aplikasi Setel ni, korang boleh tengok sejarah transaksi dan terus download e-resit.

Kita memang dah sedia maklum sebelum ni yang memang tak boleh main telefon bimbit dekat stesen minyak. Korang jangan risau sebab Setel ni selamat digunakan dalam kereta walaupun berada di stesen minyak.

Garis panduan keselamatan semuanya ada dalam aplikasi Setel ni. Dekat stesen minyak pun ada yang dah sediakan panduan yang menunjukkan ianya selamat digunakan di stesen minyak gais! Jadi, korang boleh bayar dan membuka mengaktifkan pam hanya melalui aplikasi ni dalam kereta korang.

Setel 3x untuk dapat 10% cashback

Sebanyak 3 kali korang guna aplikasi Setel di stesen PETRONAS dalam tempoh 30 hari dari pendaftaran akaun Setel, korang akan dapat 10% rebat tunai petrol cashback tau! Macam mana nak dapat tu? Mudah je gais. Dengan hanya 3 transaksi yang pertama haruslah berjumlah RM90 minima. Kalau korang menghadapi sebarang masalah, korang boleh terus hubungi pasukan khidmat pelanggan Setel melalui ‘live chat’ di aplikasi.

Untuk korang yang tinggal dan bekerja di sekitar Lembah Klang tu, bolehlah muat turut aplikasi SETEL (link https://bit.ly/2TPOfzK) di Google Play dan App Store. Diharapkan penggunaan aplikasi ini akan diperluarkan lagi di seluruh Malaysia bagi memudahkan semua pengguna.j

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas