Connect with us

Oh! Media

Pemilik Rumah Putra Heights Yang Musnah Sepenuhnya, Terima Bantuan

Ohmedia rumah putra heights terbakar

Oh! Negara

Pemilik Rumah Putra Heights Yang Musnah Sepenuhnya, Terima Bantuan

Dalam sekelip mata, rumah yang dibina bertahun-tahun boleh hilang dalam letupan yang tak disangka. Itulah yang berlaku di Putra Heights baru-baru ini apabila satu kejadian letupan paip gas memusnahkan beberapa kediaman.

Kini, sedikit sinar mula muncul buat mangsa apabila kerajaan tampil mengumumkan bantuan tunai kepada mereka yang terkesan.

Pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights pada Sabtu lalu bakal menerima bantuan tunai sebanyak RM10,000.

IKLAN

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pecahan sumbangan: Petronas & Kerajaan Persekutuan

Paip Gas Putra Heights

Menurut Amirudin, sumbangan itu melibatkan RM5,000 daripada Petronas dan RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan.

Ini bermakna pemilik rumah yang musnah sepenuhnya akan menerima RM10,000.

Bagi rumah yang terkesan tetapi tidak musnah sepenuhnya, termasuk penyewa, mereka akan menerima RM5,000, RM2,500 daripada Petronas dan RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan.

219 pemilik sudah disahkan…

Kerajaan negeri juga memaklumkan bahawa sesi pertama penyampaian bantuan akan bermula melibatkan 219 pemilik rumah yang sudah disahkan.

Pihak jawatankuasa bencana akan memanggil secara individu semua yang dikenal pasti itu.- Jelas Amirudin.

Bagi yang belum dipanggil, penyampaian akan disusuli selepas kehadiran mereka disahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

#ApaKataOhmedia

Ohmedia simpati dengan nasib semua yang terlibat dalam tragedi letupan ini. Walaupun jumlah bantuan tak mampu mengganti trauma yang dialami, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban mangsa untuk teruskan hidup.

Kredit: Berita Harian
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas