Umum
Kenapa Syaiful Zero Tangguh Perkahwinan Selepas Menang MLM2014?

Kumpulan Zero yang dianggotai oleh 3 orang adik beradik iaitu, Sharif, Atu dan Syaiful (Melati) mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya menjadi juara program Maharaja Lawak Mega 2014 walaupun pertama kali bertanding.
Sebelum memenangi program itu, Syaiful telah meluahkan hasratnya untuk melangsungkan pernikahan selepas tamatnya Maharajala Lawak Mega.
Walaubagaimanapun, terbaru Syaiful mengumumkan bahawa penikahannya telah ditangguhkan kerana mahu memberi fokus kepada kerjaya yang baru bermula.
“Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu.
“Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu. Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu.
Walaubagaimanapun, mereka bertiga tetap menunaikan hasrat utama mereka sebelum menyertai MLM2014 adalah untuk membaiki rumah mereka di kampung dan membawa ibu menunaikan haji.
“Dahulu kami kerja keras demi keluarga, hari ini pun kami tetap bekerja keras sama seperti dahulu. Kesusahan hidup membuatkan kami cuba untuk mengubahnya. Tidak sangka, peluang memasuki program Raja Lawak sebelum ini menonjolkan bakat seni yang kami ada. Di situ, kami mula sedar hidup semakin bersinar,” ujar mereka.
OHMEDIA: Peluang tidak datang berkali-kali. Setuju jika Syaiful lebih memberi fokus kepada kerjaya sebagai penghibur. InsyaAllah kalau ada jodoh tidak ke mana.
Hotline : 0122553390

