Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Kamu Semua Nak Sibuk?” – Datuk Ramli MS

Umum

“Kenapa Kamu Semua Nak Sibuk?” – Datuk Ramli MS

Tanda tanya status hubungan komposer muzik terkenal Datuk Ramli MS dengan penyanyi Alyah akhirnya terjawab semalam apabila rumah Datuk Ramli didatangi pegawai JAIS untuk menyiasat dan ternyata mereka sebenarnya sudah bernikah sejak setahun lalu.

ADVERTISEMENT

Berita itu amat mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini masing-masing tidak pernah mengiyakan segala gosip yang pernah melanda mereka.

Walaubagaimanapun, Datuk Ramli MS berkata dia mempunyai sebab kenapa merahsiakan pernikahannya dengan Alyah namun tidak dapat berkongsi apakah sebab tersebut.

“Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya,” katanya.

Menurut Ramli, kontroversi status penikahannya terlalu diperbesakan seolah-olah dia melakukan kesalahan yang serius seperti menjual dadah.

“Kamu semua ingat… macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi… hahaha.”

“Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan.

“Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah… haha,” ujarnya lagi.

Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.

Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berkata pasangan berkenaan akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihaknya pada Selasa ini untuk penelitian.

Menangi Hadiah Istimewa Di HalFest 2014

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas