Connect with us

Oh! Media

“Kehidupan saya dan anak-anak lebih bahagia ” – Awie

tanpa2bisteri2c2blebaran2bawie2bkali2bini2blebih2bbermakna2bbersama2b52banak anakjpg

Umum

“Kehidupan saya dan anak-anak lebih bahagia ” – Awie

Umum sedia maklum tentang kes perbicaraan penyanyi dan pelakon Awie yang didakwa memukul isterinya, Rozana Misbun. Hak penjagaan sementara anak-anak mereka telah diberikan kepada Awie.

Menurut pelakon filem Sembilu itu, biarpun tanpa Rozana ia tidak menghalang mereka anak beranak hidup seperti biasa malah dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama.

“Tiada apa yang berubah selepas kami tidak tinggal bersama. Cuma bulan Ramadhan yang lalu buat pertama kali dalam hidup saya bangun pagi dan masak sahur untuk anak-anak. Malah jika saya terlibat dengan penggambaran, bila masa rehat saya akan pulang dan masak lauk untuk mereka berbuka. Saya mahu mereka rasa nikmat makan air tangan bapa mereka”

“Alhamdulillah anak-anak tak pernah komen apa-apa. Raya baru-baru ini mereka nyatakan hasrat nak pergi Legoland jadi saya bawa mereka ke sana. Kehidupan kami ‘happy’ dan saya kini hanya mahu kembalikan hak mereka yang telah hilang. Segala kerja keras saya selama ini adalah untuk keselesaan anak-anak pada masa akan datang,” jelas Awie.

Awie turut melahirkan rasa bersyukur menerima hak penjagaan sementara anak anak selain ada turut meminta supaya masyarakat tidak membuat spekulasi yang bukan bukan tentang apa yang terjadi terhadap rumahtangganya.

IKLAN

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas