Oh! Artis
“Ampun Walid..” – Riena Diana Mengaku Ludah Muka Faizal Hussein
Kalau korang ingat babak penuh emosi dalam sesebuah drama tu senang nak buat, tunggu dulu. Pelakon popular, Riena Diana baru-baru ini berkongsi pengalaman agak mencabar ketika menjayakan salah satu scene dalam drama yang turut menampilkan pelakon hebat, Faizal Hussein.
BACA: Faizal Hussein Takut Ada Gadis Seberang Mesej Nak Jadi ‘Isteri Batin’
Melalui perkongsian di Instagram miliknya, Riena mendedahkan bahawa dia diminta untuk meludah muka Faizal Hussein untuk menjayakan babak dalam drama tersebut.
Menurut Riena, dia sebenarnya takut nak melakonkan scene itu dan sempat beberapa kali bertanya pengarah dan juga Faizal Hussein sendiri kalau boleh elak.
Tetapi disebabkan semua sangat profesional dan memahami bahawa itu cuma lakonan, Riena pun gagahkan diri.
“Rasanya part ni kena cut dekat drama..”

Riena kene ludah kat muka Faizal Hussein. Ampun walid @faizalhusseinofficial. Masa buat scene ni banyak kali tanya director dengan abang, kalau tak buat takboleh ke? Sebab takut. Tapi sebab dorang sempoi n kena faham ini hanya lakonan, buat jugak la.
Tambahnya lagi, klip itu dipotong dan tidak ditayangkan dalam drama. Namun, dia mahu berkongsi kepada umum cabaran yang perlu dilaluinya.
Jelasnya lagi, drama Bidaah sudah habis ditayangkan namun orang ramai masih boleh menontonnya di platform Viu untuk semua episod!
Kredit: Instagram Riena Diana
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM