Connect with us

Oh! Media

Kampung Drift: Kisah Seorang Drifter Kampung

Umum

Kampung Drift: Kisah Seorang Drifter Kampung

Sukan permotoran seperti ‘Drift’ merupakan antara sukan yang semakin berkembang dan cukup diminati oleh ramai golongan muda masa kini terutamanya di kawasan bandar. Malahan setakat ini sudah terdapat beberapa buah filem yang pernah dihasilkan dengan turut memuatkan elemen sukan drift dalam tema penceritaan yang dipaparkan.

ADVERTISEMENT

Tahun ini, industri perfileman Malaysia sekali lagi akan digegarkan dengan sebuah lagi filem berkaitan drift yang akan memulakan tayangan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 4 Ogos 2016 ini bertajuk KAMPUNG DRIFT.

Sesuatu yang cukup menarik tentang filem KAMPUNG DRIFT ini, ia bukanlah bertumpu kepada sukan drift semata-mata malah turut menyelitkan elemen drama, di mana memaparkan hubungan  antara bapa dan anak yang berhadapan dengan konflik kekeluargaan.

Selain itu, filem KAMPUNG DRIFT ini turut diselitkan juga elemen sains fiksyen futuristik dipaparkan serta unsur komedi, menjadikan filem ini nyata berbeza dengan filem-filem sukan drift yang lain.

Trailer:


Menggabungkan genre aksi drama, komedi dan sains fiksyen, KAMPUNG DRIFT mengisahkan pengembaraan hidup seorang remaja bernama Johan dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya. Walaupun ditentang keras oleh ayahnya untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar.

Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng, pakciknya, Ajoi, dan saintis ‘gila’ Pak Idon, dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan pemotoran drift itu. Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift.

Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia, Shiela dan Ray, drifter ternama dari Kuala Lumpur.

Filem arahan Nevin Hiong yang diterbitkan oleh Mico Studio (M) Sdn. Bhd. ini menampilkan beberapa barisan pelakon cukup ternama seperti Syafie Naswip, Pekin Ibrahim, Pablo Amirul, Fatin Afeefa dan Syazwan Yunos yang cukup popular dengan youtube ‘Abang Pulang’ serta ramai lagi.

Menjalani penggambaran selama sebulan bermula Ogos tahun lalu, antara lokasi yang menjadi pilihan adalah seperti Kampung Gajah (Perak), Janda Baik, Fraser Hill, Genting Highland (Pahang) serta Lebuhraya Elite di Selangor.

Oh! Media: Gandingan pelakon muda yang mantap. Asalkan ada drift, memang harus sangat pergi tengok nanti.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas