Connect with us

Oh! Media

Kajol Suka Sikap Ramah Dan Sopan Rakyat Malaysia

kajol1jpg

Umum

Kajol Suka Sikap Ramah Dan Sopan Rakyat Malaysia

Buat pertama kalinya Queen of Bollywood, Kajol menjejakkan kaki di Malaysia membuatkan beliau teruja dan kagum dengan sikap ramah dan sopan santun rakyat Malaysia malah penduduk berbilang kaum menjadikan negara in istimewa di matanya.

“Sejak saya sampai ke Kuala Lumpur ramai peminat yang menyapa dan melambai tangan ke arah saya. Paling saya hargai mereka peramah dan paling penting penuh sopan santun,” ujarnya.

Bercakap mengenai filem lakonannya bersama-sama aktor popular Shah Rukh Khan iaitu filem Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998, Kajol memberitahu bahawa ia adalah memori terindah sepanjang dia bergelar pelakon.

Katanya, filem itu bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam pada dirinya tetapi juga peminat KKHH yang masih meminati karya tersebut sehingga hari ini.

IKLAN

“Kuch Kuch Hota Hai adalah sebahagian daripada hidup saya dan ia bukan sekadar filem tetapi adalah memori terbaik dalam hidup saya.

“Sehingga ke hari ini perasaan seronok berada di set penggambaran bersama pelakon-pelakon lain dapat dirasai dan saya amat bersyukur ia masih kekal di hati peminat,” katanya.

Tambah Kajol, dia tidak dapat membayangkan pelakon wanita lain melakonkan watak Anjali dalam KKHH kerana peranan itu dekat di hatinya.

Kedatangan pelakon popular Bollywood itu ke Malaysia adalah dijemput khas bagi majlis pelancaran saluran Astro Box Office (ABO) BollyOne HD (saluran 251) di Hotel JW Marriot yang diacarai oleh pelakon Lisa Surihani. Walaubagaimanapun, Kajol tidak ditemani suaminya Ajay Devgan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas