Connect with us

Oh! Media

Johnny Depp Bakal Dipenjara 10 Tahun Kerana Seludup Haiwan

Umum

Johnny Depp Bakal Dipenjara 10 Tahun Kerana Seludup Haiwan

Pelakon popular Johnny Depp mungkin bakal berhadapan dengan hukuman penjara 10 tahun oleh kerajaan Australia selepas didapati bersalah menyeludup dua ekor anjing jenis Yorkshire Terrier sewaktu tiba di negara itu.

ADVERTISEMENT

Bintang yang terkenal menerusi filem Pirates of The Caribbean itu didakwa sengaja menyeludup dua ekor anjing peliharaannya yang diberi nama Pistol dan Boo secara haram tanpa pengesahan oleh pihak berkuasa Australia.

Malah bukan itu sahaja, juruterbang yang mengendalikan pesawat yang dinaiki oleh Johnny dan isterinya Amber Heard turut menerima nasib yang sama apabila bakal dipenjarakan selama dua tahun kerana membenarkan dua ekor anjing tersebut dibawa masuk secara senyap tanpa sebarang surat pengesahan.

Jika sabit kesalahan, Johnny Depp dan isteri boleh dipenjara selama 10 tahun atau denda sebanyak RM850,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu pihak berkuasa menyiasat penyeludupan tersebut selepas sebuah foto tersebar di media sosial menunjukkan Johnny Depp sedang berada di salun haiwan bersama dua ekor anjing kesayangannya itu.

OHMEDIA: Undang-undang antarabangsa tanpa kompromi. Walaupun artis, salah tetap salah.

——————————————————–

https://www.facebook.com/ohperfumenista 
Promosi hebat di Oh! Perfumenista
Hanya RM110 sahaja untuk 2 Perfume. FREE POSTAGE + FREE TESTER
Boleh campur brand
Whatsapp – 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas